Sunday, June 26, 2022

Guru lakukan seksual fizikal terhadap 3 murid dilepas, dibebas

Secara Rawak

KUCHING: Seorang guru matematik sekolah rendah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan, dua tahun lalu.

Hakim Maris Agan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh berusia 39 tahun.

Perintah itu dibuat bagi tertuduh ketika kes dikemukakan untuk keputusan di akhir kes pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 5 Ogos tahun lalu dan berakhir 22 Mac lepas, seramai sembilan orang saksi telah dipanggil dan enam daripada mereka adalah saksi pihak pembelaan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa telah menarik kemaluan seorang murid lelaki bagi tujuan seksual . Manakala, pertuduhan kedua dia didakwa mencium mulut dan menarik kemaluan seorang lagi murid lelaki yang lain.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu dalam bilik darjah di sebuah sekolah rendah kerajaan, Jalan Semarak, di sini, sekitar jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, 14 Januari 2020.

Pertuduhan ketiga pula, di tempat kejadian yang sama, pada 19 Januari 2020, kira-kira jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, dia didakwa menyentuh payudara murid perempuan bagi tujuan seksual.

Kesemua mangsa masing-masing berusia 12 tahun dan ketiga-tiga pertuduhan didakwa mengikut mengikut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Md Syafique Md Hilmie manakala tertuduh diwakili dua orang peguam Gerald Empaling Donald dan Steven Beti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru