Friday, October 7, 2022

Dua beradik lemas di Sungai Rayu

Secara Rawak

KUCHING: Aktiviti riadah sebuah keluarga seramai 14 orang di Sungai Rayu, Matang, di sini hari ini , pada Isnin bertukar trajedi apabila dua daripada mereka lemas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.01 petang apabila mangsa, perempuan berumur 17 tahun sedang mandi dan didapati lemas oleh ahli keluarganya.

Kemudian katanya, abang mangsa, 34, yang turut berada dilokasi bertindak untuk menyelamatkan mangsa namun kedua-duanya tidak berjaya menyelamatkan diri.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan, sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Batu Lintang digerakkan ke lokasi.

“PPDA melakukan mencari dan menyelamat (SAR) dengan selaman dalam radius 30 meter ke 40 meter di lokasi mangsa dikatakan lemas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa telah berjaya dijumpai dan didapati tidak bernyawa.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi diisytiharkan tamat pada jam 6.47 petang.

Pasukan Bomba melakukan pencarian terhadap mangsa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru