Sunday, June 26, 2022

Wee: Tiket sambutan Tahun Baharu Cina tak semahal didakwa

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Dakwaan harga tiket penerbangan mahal sehingga mencecah RM3,283 dari Ipoh ke Singapura ketika perayaan Tahun Baharu Cina tahun depan adalah tidak benar, kata  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata berdasarkan semakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), kos penerbangan AirAsia membabitkan destinasi tersebut adalah RM196 pada 19, 20 dan 21 Jan, iaitu tiga hari sebelum Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 22 Jan.

Manakala bagi penerbangan Singapura ke Ipoh pada tarikh sama, menurutnya adalah RM1,185.

Berdasarkan data di atas, beliau berkata  kos penerbangan pergi dan balik tidak mencecah RM3,283 seperti didakwa dalam satu hantaran yang dikongsi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)  Wong Kah Woh dalam Facebook beliau seperti dipetik Bernama.

Wee berkata tiket penerbangan pada minggu sebelum dan selepas Tahun Baharu Cina pula, berdasarkan semakan adalah lebih murah iaitu harga tiket penerbangan AirAsia dari Ipoh ke Singapura pada 16 hingga 18 Jan 2023 adalah RM184, manakala bagi penerbangan pada 23 dan 24 Jan antara RM408 dan RM691.

Begitu juga, katanya bagi harga tiket AirAsia dari Singapura ke Ipoh pada 16 hingga 18 Jan adalah antara RM434 dan RM821, manakala pada 23 dan 24 Jan antara RM408 dan RM517.

“Sebenarnya anda dapat semak semua harga penerbangan semasa Tahun Baharu Cina hanya dengan menekan beberapa butang sahaja,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru