Friday, July 1, 2022

Wanita menyamar jadi lelaki untuk besarkan anak

Secara Rawak

KATTUNAYAKANPATTI: Seorang wanita dari India sanggup menyamar sebagai lelaki selama 36 tahun bagi membolehkannya membesarkan anak perempuannya dengan selamat dalam masyarakat yang didominasi lelaki lapor Arynews.

Menurut agensi berita yang berpangkalan di India, Petchiammal, yang berasal dari Kattunayakanpatti, Tamil Nadu bercerai dengan suaminya selepas hanya 15 hari perkahwinannya.

Dia yang baru berusia 20 tahun ketika itu mendapati dirinya hamil dan kemudian melahirkan bayi perempuan bernama Shanmugasundari.

Wanita itu mendapati sukar membesarkan anak perempuannya sebagai ibu tunggal.

Dia juga enggan berkahwin lagi dan bekerja di kedai serta tapak pembinaan untuk menampung kehidupan mereka dua beranak.

Petchiammal kemudiannya memutuskan menyamar sebagai lelaki selepas dia bosan diganggu.

Dia juga menukar namanya kepada Muthu dan memakai baju dan seluar untuk merahsiakan identitinya.

Menurut wanita itu hanya saudara-mara rapatnya di kampung asalnya dan anak perempuannya tahu berkaitan penyamaran tersebut.

Biarpun anaknya kini sudah bekerja dan mempunyai pendapatannya sendiri, namun Petchiammal memberitahu dia tetap meneruskan hidupnya sebagai Muthu untuk selamanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru