Friday, July 1, 2022

SOP pub dan kelab malam di Sarawak akan dibincangkan

Secara Rawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan berbincang mengenai penetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan pub dan kelab malam di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata JPBN masih menunggu pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah untuk memanggil jawatankuasa untuk bermesyuarat.

“Datuk Amar baru pulang dari luar negara dan kita akan berjumpa. Sarawak akan sentiasa melihat kepada dasar-dasar, sama ada ia sesuai untuk Sarawak atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan sama ada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pembukaan pub dan kelab malam pada 14 Mei diguna di Sarawak, di sini semalam.

Kui Hian berkata bahawa JPBN sentiasa menetapkan peraturan dan dasarnya sendiri.

“Tidak semua peraturan yang dari Semenanjung Malaysia sesuai untuk kita. Jadi adakah kita akan melakukan perkara yang sama juga?

“Kita mesti lihat pada masa yang sesuai. Datuk Amar baru sahaja pulang, beri masa. Pengumuman rasmi akan dihebahkan,” kata Sim.

12 Mei lalu, antara SOP yang dikeluarkan ialah pelanggan mesti menjalani ujian kendiri RTK 24 jam sebelum mengunjungi tempat dengan penilaian oleh pengamal perubatan berlesen yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Pemilik juga boleh mengenakan ujian kendiri kepada pelanggan sebelum dibenarkan masuk, sekiranya merek belum melakukan ujian terlebih dahulu.

“Pihak bertanggungjawab perlu memastikan keputusan ujian diperoleh dalam tempoh 24 jam dan negatif. Mana-mana individu yang tidak melakukan ujian Covid-19 dalam tempoh 24 jam tidak dibenarkan masuk,” kata majlis itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru