Sunday, June 26, 2022

Polis tahan lelaki di Miri curi wang RM1,200 ibunya

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki berusia 36 tahun  ditahan polis kerana disyaki mencuri wang berjumlah RM1,200 milik ibunya  di Kampung Muhibbah di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata,  suspek ditahan di Vista Perdana pada pukul 11.40 pagi Ahad.

“Penangkapan suspek dibuat susulan laporan dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa semasa dia menjemur pakaian, anak lelakinya memasuki bilik tidurnya untuk mencari barang berharga,” katanya dalam satu kenyataan.

“Pemeriksaan mendapati wang tunai RM1,200 miliknya lesap,” katanya.

Jelas Alexson lagi, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru