Sunday, June 26, 2022

PM dijadual rasmi simposium antarabangsa bahasa Melayu 

Secara Rawak

KUCHING: Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu akan berlangsung di ibu pejabat DBP Kuala Lumpur dari 22 hingga 24 Mei ini.

Matlamat simposium itu adalah sebagai usaha berterusan dalam memartabatkan bahasa melayu di negara ini dan memperluas penggunaannya pada peringkat Asean dan antarabangsa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri, simposium tiga hari itu dianjurkan bersama oleh Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama DBP, Institut Alam dan Tamadun Melayu dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Simposium itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pukul 8.30 pagi 22 Me.

Jelas kenyataan itu, majlis penutupan pula akan diadakan pada pukul 5 petang, 24 Mei oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Tiga ucapt utama, 15 sidang membabitkan pembentangan kertas kerja oleh 60 tokoh dari Malaysia, negara Asean dan antarabangsa, serta dua forum membabitkan 12 tokoh akan berlangsung.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru