Sunday, June 26, 2022

Penulis blog terkenal pertikai tindakan polis menjejakinya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pengendali blog terkemuka Steadyaku47, Hussein Abd Hamid mempersoalkan tindakan polis mengeluarkan notis untuk mencari maklumat mengenai dirinya.

“Apakah tujuan PDRM mengeluarkan kenyataan media di atas? PDRM tahu saya di Melbourne,” katanya sebagai reaksi kepada kenyataan akhbar dengan menyiarkan gambar dan nama penuh Hussein.

Menurut kenyataan itu, Hussein dikehendaki ekoran laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung artikel ditulisnya.

Artikel itu didakwa menghina kerabat diraja Pahang.

Dalam catatan blog bertajuk “fightback”, Hussein berkata dia tidak akan berdiam diri mengenai perkara itu.

“Jika mereka bagus, mereka tahu di mana di Melbourne, pinggir bandar apa, jalan apa, bangunan apa di jalan dan juga nombor unit di bangunan tempat saya tinggal,” katanya lagi melalui hantaran dalam bahasa Inggeris itu.

“Mereka tahu saya ialah pemastautin tetap Australia dan sudah tiga dekad. Mereka tahu ada perjanjian ekstradisi antara Australia dengan Malaysia tetapi ia hanya meliputi aktiviti jenayah, bukan hasutan.

“Dan apa yang mereka tuduh saya, ialah hasutan. Jadi kenapa keluarkan kenyataan akhbar itu?” katanya lagi melalui hantaran yang sudah tular itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru