Friday, July 1, 2022

Pasangan sengaja bakar diri semasa majlis kahwin

Secara Rawak

Sebuah video yang menunjukkan aksi pasangan pengantin sengaja membiarkan pakaian mereka terbakar ketika berjalan keluar dari majlis persandingan menyebabkan netizen media sosial cemas melihatnya.

Video tersebut yang kini tular disiarkan di aplikasi media sosial TikTok dan dikongsi di Instagram, menyaksikan Gabe Jessop berjalan memegang tangan isterinya Ambyr Bambyr.

Seorang lelaki datang bergerak di belakangnya dan membakar jambangan bunganya.

Api itu merebak ke belakang pasangan itu dengan cepat.

Mereka berdua kemudiannya berjalan berpegangan tangan dan melambai kepada orang ramai, yang bersorak memberi sokongan semangat kepada mereka.

Jessop dan Ambyr nampak santai dan tenang di sebalik api yang membakar baju mereka.

Pasangan stan itu kemudiannya berhenti dan duduk melutut bagi memudahkan api tersebut dipadamkan.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru