Saturday, June 25, 2022

Jumlah kes covid-19 naik 119.2 peratus selepas Raya

Secara Rawak

KUCHING: Jumlah kes Covid-19 melonjak sebanyak 119.2 peratus kepada 19,137 kes berbanding 8,732 kies minggu sebelumnya.

Dalam laporan kemas kin imungguannya berakhir 14 Mei, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan jumlah kes susulan perayaan Hari Raya Aidilfitri, juga menyaksikan peningkatan jumlah kes dimasukkan ke hospital dan pusat kuarantin.

Jelasnya, jumlah yang dimasukkan ke kemudahan berkenaan naik 38 peratus per 100,000 orang berbanding minggu sebelumnya.

Sebanyak 4,475,873 kes Covid direkodkan di negara ini sejak  virus maut itu dikesan pada Mac 2020.

Jumlah kes aktif  kini ialah 29,762.

Jumlah kematian naik sebanyak 3.1 peratus, daripada 32 kes kepada 33 kes, berbanding minggu sebelumnya, membawa jumlah keseluruhan kematian kini 35,612 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru