Friday, July 1, 2022

Hadi: Guru umpama cahaya menerangi lorong gelap

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Guru ialah cahaya yang menerangi lorong kegelapan, kata Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, Hari Guru disambut setiap tahun bagi meraikan jasa mereka mendidik masyarakat dengan ilmu.

Beliau berkata, Rasulullah SAW menjadi model contoh guru paling unggul di dunia kerana menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam.

“Pendidik bukan hanya menyampaikan ilmu yang bermanfaat tetapi membentuk peribadi anak-anak murid dengan akhlak mulia mengikut acuan yang betul,’ katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Katanya Ahli Parlimen Marang itu, sejarah tamadun Islam dibina di bumi kering kontang, namun akhirnya menjadi tamadun yang berpengaruh kerana modal insan generasi awal dibentuk di atas asas keimanan yang kukuh.

“Saya mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik,” ujarnya.

Beliau berharap semoga warga pendidik terus komited dalam membangunkan agenda pendidikan kepada anak-anak muda yang merupakan masa depan negara

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru