Friday, July 1, 2022

Berakhirnya perjuangan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Langkah Sarawak United FC (SU FC) meneruskan saingan di Piala FA 2022 lebur selepas tewas (3-0) di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam Sabtu.

Kekalahan tersebut menjadikan peluang buat skuad kendalian Satiananthan R. Bashkran terhenti setakat aksi pusingan kedua Piala FA.

Ketiga-tiga jaringan pada babak pertama gagal dibalas oleh SU FC pada babak kedua perlawanan sehingga keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

JDT membuka jaringan seawal minit keenam menerusi sepakan percuma oleh Nazmi Faiz menyaksikan bola yang menuju kencang ke arah kiri gawang gagal ditampan kemas penjaga gol, Tauffiq Ar Rasyid Johar.

Penyerang import dari Argentina, Fernando Forestieri menambah dua jaringan masing-masing pada minit ke-15 dan minit ke-43, sekali gus menyaksikan SU FC ketinggalan tiga jaringan pada babak pertama.

Kedua-dua jaringan Forestieri hasil gerakan dari sebelah kiri oleh Corbin Ong yang berjaya menyusup masuk sebelum mendorong bola ke bahagian tengah kotak penalti dengan menyasarkan Bergson atau Forestieri sebagai penyudah.

SU FC cuba bangkit pada masa babak kedua namun nasib bagaimanapun menyebelahi JDT apabila beberapa gerakan dan percubaan anak buah Sathia dapat dipatahkan oleh pertahahan skuad Harimau Selatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru