Sunday, June 26, 2022

2,239 kes baharu Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia berkata 2,239 kes baharu dan tiga kematian akibat Covid-19  dilaporkan semalam.

Ini katanya menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,478,112.

Kes aktif kini berjumlah 30,735, turun 15.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Sebanyak dua kematian berlaku di Johor dan satu di Selangor.

Kes baharu mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (1,148)

Kuala Lumpur (338)

Pulau Pinang (171)

Negeri Sembilan (112)

Perak (105)

Johor (87)

Melaka (81)

Kedah (43)

Sabah (43)

Sarawak (30)

Pahang (28)

Terengganu (17)

Putrajaya (15)

Kelantan (13)

Perlis (6)

Labuan (2)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru