Friday, July 1, 2022

PM: Hayati nilai kasih sayang, toleransi sempena Hari Wesak

Secara Rawak

KUCHING: Keluarga Malaysia perlu menghayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sempena sambutan Hari Wesak, hari ini.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perayaan itu disambut bagi memperingati falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan dan melakukan kerja-kerja amal, selain toleransi serta kasih sayang.

Perdana menteri berkata semua perayaan diraikan dalam suasana kasih sayang dan hormat-menghormati dengan penuh harmoni.

“Selamat menyambut Hari Wesak bagi yang beragama Buddha di Malaysia,” katanya melali perkongsian di Facebooknya.

“Hayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya lagi.

Penganut agama Buddha bersama-sama anggota keluarga masing-masing mula mengunjungi kuil pada awal pagi bagi menjalankan upacara keagamaan dan memberi penghormatan kepada Siddharta Gautama, pengasas agama itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru