Sunday, May 29, 2022

Pergaduhan jalanan yang aneh, berakhir tiba-tiba dengan saling berjabat tangan

Secara Rawak

Sebuah klip video menunjukkan dua pemandu kereta bergaduh di tengah-tengah jalan dan kemudiannya bersalaman ala MMA mengelirukan netizen.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Twitter bernama Tansu YEĞEN menunjukkan dua pemuda bergaduh di lokasi yang tidak dinyatakan.

Kedua-dua orang tersebut menumbuk dan menendang antara satu sama lain, tetapi pergaduhan itu berakhir secara tiba-tiba dan mereka berdua berjabat tangan sebelum kembali ke kenderaan masing-masing.

Mereka meninggalkan kawasan itu sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau.

Tindakan luar biasa mereka membuat metizen yang menonton video tersebut keliru dan dipenuhi pelbagai tanda tanda.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru