Monday, May 16, 2022

Cop kemasukan tertangguh kerana PKP

Secara Rawak

BINTULU: Ahli Persatuan Kapal Nelayan Sarawak (SFVA) Bintulu semalam mengadakan bantahan aman di hadapan pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini, meminta pembebasan kesemua 12 kru asing yang berdaftar dengan persatuan itu yang ditahan Ahad.

Menurut setiausahanya Harry Tan Joo Seng, kesemua kru nelayan asing itu mempunyai surat kelulusan Jabatan Perikanan dan pasport yang sah.

“Isunya pada masa ini cop kemasukan anak kapal ke negara ini, yang tertangguh kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu untuk membendung Covid-19,” katanya.

Oleh itu, Tan menggesa APMM untuk membebaskan semua awakawak warga asing kerana mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan diambil bekerja oleh pengusaha bot nelayan tempatan melalui saluran yang betul.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada APMM kerana prihatin terhadap aduan yang disuarakan oleh anggota SFVA bagi membolehkan isu ini ditangani dengan baik. “Saya berharap APMM dapat menyelesaikan isu ini dengan baik dan membenarkan kru asing meneruskan kerja mereka tanpa halangan,” tambahnya.

Sementara itu, APMM berkata pihaknya akan menyelesaikan isu itu secara adil mengikut undang-undang demi kepentingan semua pihak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru