CHONGQING: Seekor monyet liar di China cuba menculik kanak-kanak berusia 3 tahun, tetapi tindakannya berjaya dihalang penduduk kampung, lapor Wion.
Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak terbabit bermain skuter bersendirian di luar rumahnya.
Tanpa disedari, seekor monyet memerhati segala tingkah lakunya.
Haiwan itu kemudian berjalan ke arah kanak-kanak itu dan mengheretnya ke seberang jalan.
Nasib kanak-kanak itu baik kerana salah seorang penduduk melihat kejadian itu.
Dia berlari ke arah mereka berdua dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit.
Laporan mengatakan ketika kejadian, ibu kanak-kanak itu berada di dalam rumah.
Dia memeriksa kamera pengawasan dan melaporkan kejadian itu kepada polis tempatan.
Kanak-kanak itu cedera ringan dan dibawa ke hospital selain diberi vaksin.
Penduduk kampung mendakwa monyet itu juga menyerang warga tua sebelum ini, namun ini kali pertama seorang kanak-kanak diserang.
Monyet-monyet tersebut dpercayai tinggal di kawasan pergunungan berhampiran.
Mereka kini menjadi ancaman kepada penduduk kampung.