Friday, July 1, 2022

Bekas Sekolah Tadika Sri Keria terbakar

Secara Rawak

KUCHING: Bekas Sekolah Tadika Sri Keria hangus di tingkat bahagian atas bangunan dalam kebakaran rumah di Lorong Park, Jalan Tabuan, sekitar jam 7 pagi tadi.

Jurucakap Pusat gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan, kediaman terbabit kosong dan tidak berpenghuni.

“Kebakaran berlaku di bahagian tingkat atas bangunan dan tiada mangsa akibat kebakaran tersebut.

“Api berjaya dipadam dan dikawal oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dengan bertindak menggunakan satu aliran 200 kaki secara dua nozel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, rumah dua tingkat jenis struktur kekal itu dianggarkan berkeluasan 17 x 24 kaki persegi merupakan bekas bangunan sekolah tadika Sri Keria.

Operasi pemadaman dan menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 8.42 pagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru