Friday, July 1, 2022

Apa kesan kenaikan  kadar dasar semalam  (OPR) kepada pinjaman kita?

Secara Rawak

Pada mesyuarat 11 mei lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus.

Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Pembukaan semula ekonomi global yang berterusan serta keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan ekonomi. Hal ini telah mengurangkan sebahagian daripada kesan konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.

Menurut BNM, tekanan inflasi telah meningkat secara mendadak disebabkan oleh kenaikan harga komoditi, rantaian bekalan yang tertekan dan keadaan permintaan yang kukuh, khususnya di Amerika Syarikat. Kesannya, beberapa bank pusat dijangka membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka pada kadar yang lebih pantas bagi mengurangkan risiko inflasi.

Apa kesannya kenaikan itu kepada kita?

Kenaikan kadar dasar semalaman itu akan memberi kesan kenaikan kepada pembiayaan boleh ubah.

Apabila OPR naik, bermakna jumlah bayaran semula untuk pembelian rumah, kereta, pinjaman peribadi yang baharu akan naik terutama bagi yang menggunakan floating rate, bukannya flat rate.  Yang paling terkesan sebenarnya adalah yang mempunyai pembiayaan perumahan dan pinjaman ASB.

Kepada pembiayaan yang menggunakan fixed rate, kenaikan OPR tiada mendatangkan kesan kepada pinjaman mereka.

Kepada yang menggunakan floating rate, memang terdapat sedikit kesan.

Namun, ia turut memberi kesan positif kepada mereka yang mempunyai deposit tetap.

Kadar kenaikan bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pembayaran.

Menurut Resident Expert di IBFIM Razli Ramli yang dipetik media, pelanggan yang menggunakan perbankan Islam, impak kenaikan OPR sangatlah sedikit.

  • Kepada pembiayaan yang menggunakan “fixed rate”, maka kenaikan OPR tiada kesan.
  • Kepada pembiayaan yang menggunakan floating rate, kenaikan OPR memang ada SEDIKIT kesan. Akan tetapi kesannya hanya tidak lah sangat dirasai kerana kenaikan BFR atau BR tidak akan melebihi kadar ‘ceiling rate’. Jadi jika BFR atau BR sudah melebihi ‘ceiling rate’, kenaikkan OPR TIDAK lagi berkesan.
  • Kepada yang menggunakan konsep Musyarakah Mutanaqissah, kesan kenaikan OPR ini adalah ‘direct’ seperti pinjaman di bank2 konvensional. Makna nya OPR naik, maka kadar keuntungan bank pun naik juga.

Pendeposit tetap bakal menikmati keuntungan yang lebih baik. Implikasinya, pulangan kepada pendeposit tetap bakal dinaikkan seiring kenaikan OPR.

Pakar menyatakan OPR perlu untuk menambahkan kekuatan mata wang kita, selain untuk membendung inflasi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru