Friday, July 1, 2022

Anak muda tempatan dinasihati  bekerja di sektor perhotelan

Secara Rawak

KUCHING: Sektor pelancongan negara kini berhadapan kekurangan kira-kira 15,000 hingga 20,000 orang pekerja kesan pandemik Covid-19.

Menurut  Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, kementerian dean sektor terbabit sedang berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin pekerja baharu bagi menangani kekurangan berkenaan bagi mengisi keperluan khususnya di sektor perhotelan, termasuk mendapatkan pekerja dari luar.

Katanyanya,  data tersebut diperoleh daripada  persatuan pelancongan tempatan.

“Kwetika Covid-19 melanda ramai yang hilang pekerjaan di sektor berkenaan, dan beralih ke sektor lain, malah ada yang bekerja sendiri,” jelasnya.

Beliau berkata  demikian kepada media semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penggiat industri pelancongan di sini pada Sabtu.

“Kementerian telah mengemukakan perkara ini kepada Kabinet dan kerajaan sudah meluluskan untuk membawa pekerja dari luar negara bagi mengisi kekosongan berkenaan,” jelasnya.

Beliau berkata majikan disaran supaya mengambil pekerja tempatan dan menasihati anak muda tempatan terutamanya yang tidak mempunyai pekerjaan agar bekerja di sektor perhotelan.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru