KUCHING: Terdapat 2,373 kes baharu dan lima kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kini 4,475,873 manakala kes kematian berjumlah 35,612 sejak virus maut itu dikesan di negara ini pada Mac 2020.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes aktif berjumlah 29,762, turun 27.7 peratus berbanding 14 hari lalu.
Kes baharu mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (1,089)
Kuala Lumpur (359)
Pulau Pinang (189)
Negeri Sembilan (162)
Perak (116)
Melaka (97)
Pahang (58)
Johor (55)
Putrajaya (53)
Kedah (51)
Sabah (51)
Sarawak (48)
Terengganu (25)
Kelantan (11)
Perlis (6)
Labuan (3)