Monday, May 16, 2022

Seorang maut, 4 cedera dua kenderaan bertembung

Secara Rawak

PUSA: Seorang maut, sementara empat lagi cedera selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Besar Pusa berhampiran SJKC Chung, tengah hari tadi.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Saratok Muhammad Shukur Jamaludin, pihaknya dimaklumkan tentang insiden kira-kira 1.09 tengah hari.

“Apabila tiba di lokasi, didapati kemalangan membabitkan Toyota Avanza dan Toyota Camry dipercayai bertembung dari arah bertentangan menyebabkan lima mangsa tersepit.

“Namun, kesemua mangsa telah dikeluarkan orang awam, yang seterusnya menghantar mereka ke Klinik Kesihatan Pusa menggunakan kenderaan awam.

“Berdasarkan pihak polis, isteri pemandu Toyota Camry dikenali Gelora Aman, 53, didapati meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik,” katanya kepada Suara Sarawak di sini, hari ini.

Jelas Shukur lagi, si suami Ibrahim Sandek, 61 dan anaknya Bolhassan Ibrahim, 30 masing-masing mengalami cedera parah dan patah kaki.

Sementara pemandu Toyota Avanza Hussin Abdurahim, 49 dan isterinya Sharifah Jamaliah Wan Othman, 46 masing-masing cedera parah, patah kaki dan tangan.

Tambahnya, pasukan EMRS Saratok ketika sampai di Klinik Kesihatan Pusa diminta untuk membawa tiga mangsa yang cedera bersama pasukan perubatan klinik ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru