Monday, May 16, 2022

Rebut peluang 1 juta pekerjaan perhotelan di Malaysia

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Pusat telah meluluskan kemasukan pekerja luar negara mengikut kapasiti had ditetapkan dalam menghadapi cabaran kekurangan pekerja dalam bidang perhotelan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dikeluarkan selepas pihaknya secara rasmi telah mengemukakan perkara tersebut kepada Kementerian dan kabinet sebelum ini.

Menurutnya, lebih kurang sebanyak 1 juta pekerja diperlukan dalam bidang perhotelan untuk mengisi kekosongan jawatan dalam pekerjaan sambilan termasuk pengurusan, tukang masak dan pembantu pembersihan.

“Sebenarnya memang diakui ini adalah salah satu cabaran tapi bukan sahaja di bidang hotel tapi dalam keseluruhab ekosistem negara memang menghadapi cabaran tersebut.

“Cuma bagi kami di pelancongan, secara rasmi dan pribadi telah mengemukakan perkara ini kepada Menteri dan kabinet dan melalui itu, dan kerajaan sebenarnya sudah luluskan untuk membawa pekerja dari luar negara (ada hadnya). Cuma, itu baru kelulusan, selepas kelulusan adalah proses untuk membawa mereka masuk.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media pada majlis ramah mesra di Kraftangan Petrajaya, Sarawak, di sini hari ini.

Jelasnya, bilangan pekerja perhotelan menurun akibat wabak pandemik Covid-19 terdahulu sehingga terpaksa diselenggara oleh pekerja warga tempatan sedia ada.

Katanya, usaha kementeriannya cuba membuka peluang kepada warga tempatan juga sudah dilaksanakan sebelum ini menerusi pameran peluang pekerjaan dalam bidang perniagaan namun keputusan kurang memuaskan mungkin disebabkan kekangan covid.

“Jadi proses selanjutnya (membawa pekerja masuk) menyebabkan kita masih menghadapi cabaran dalam kalangan pekerja di hotel.

“Sebab itulah kalau boleh sememangnya saya menyarankan agar warga tempat bekerjsa di hotel dan kita mahu rekrut sebanyak mungkin,” katanya.

Dedahnya, pekerjaan perhotelan kurang mendapat perhatian selepas Covid-19 termasuk ramai dalam kalangan mereka sudah menarik diri.

Untuk itu katanya, adalah lebih baik sekiranya warga tempatan mengambil peluang kerja itu daripada keluar keluar negara – kerana ada di antara mereka dapat keluar negara tapi selepas itu tidak mendapat layanan yang baik.

“Kita juga banyak perhubungan, di situ kita tahu melalui pemain industri kita mendapat maklum balas bahawa masih ramai lagi belum berani mencuba.

“Mereka rela tinggalkan kerja mungkin disebabkan ada alternatif yang lain seperti perniagaan atas talian, kerja lain, ada kemahiran tersendiri skills dan melakukan jahitan atau masakan.

“Itu adalah hikmah juga yang mana kita dapat melihat warga tempatan kita sendiri mempunyai bakat dan dapat rezeki mereka sendiri,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru