Monday, May 16, 2022

Lelaki maut kemalangan kendiri

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki maut dalam kemalangan kendiri setelah motosikal ditunggangnya terbabas berhampiran Sekolah Kebangsaan Kita, Jalan Miri-Bintulu, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika mangsa, 22, datang dari arah Sepupok menghala pulang ke rumah di kawasan berhampiran.

“Mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan melanggar tiang elektrik lalu terpelanting masuk ke dalam parit berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, pemeriksaan ke atas motosikal mangsa tidak mendapati sebarang kerosakkan di bahagian belakang menunjukkan tiada persentuhan dengan kenderaan lain.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru