Monday, May 16, 2022

5 kes kematian Covid-19 di Malaysia

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak lima kes kematian  Covid-19 direkodkan semalam.

Menurut GitHub, dua kes di Selangor dan satu kes masing-masing di Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

Menurut laman web CovidNow, sebanyak 1,019,609 atau 28.7% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Sebanyak 1,617,807 kanak-kanak (45.5%) daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 2,902,847 (93.3%) menerima vaksinasi penuh manakala 3,000,780 (96.4%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,060,675 (68.3%) golongan dewasa menerima dos penggalak.

 Sebanyak 22,970,710 (97.6%) lengkap dua dos dan 23,246,079 (98.8%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru