Sunday, May 29, 2022

Tingkat keselamatan komuniti

Secara Rawak

SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai pada Isnin.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman media sosial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu semalam, kunjungan itu berlangsung di Pejabat MDLBS, Aras 18, Wisma Sanyan.

Kenyataan itu memberitahu, Zulkipli diiringi oleh timbalannya Supritendan Dr. Collin Babat bersama-sama tiga orang lagi pegawai kanan polis dari IPD Sibu. “Rombongan Zulkipli telah disambut oleh Sempurai, Pemangku Setiausaha MDLBS Teng Ming Min dan Penolong Setiausaha MDLBS Chiong Siew Ping.

Kunjung hormat ini dijalankan untuk menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama mantap PDRM bersama Ketua Jabatan di Bahagian Sibu.

“Ia turut membincangkan beberapa perkara dalam konteks keselamatan MDLBS Bahagian Sibu seperti isu banjir, kebakaran dan kemusykilan senapang patah khususnya di kawasan rumah panjang di bawah pentadbirannya,” ujarnya.

Selain itu, ia memberitahu, Zulkipli dan Sempurai turut berbincang isu untuk meningkatkan perkhidmatan terbaik dalam konteks persempadanan, kesejahteraan komuniti dan kebahagiaan masyarakat di kawasan pentadbiran MDLBS.

“Secara keseluruhannya, Sempurai amat berpuas hati atas kerjasama diberikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan ketenteraman awam dan kesinambungan keselamatan komuniti di kawasan luar bandar Bahagian Sibu senantiasa terjamin,” jelas kenyataan itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru