Monday, May 16, 2022

Pemuda Pas: Tutup kelab malam, pub mulai 12 tengah malam

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menggesa supaya masa operasi kelab malam dan pub diminimumkan dengan menutup semua premis berkenaan bermula dari pukul 12 tengah malam.

Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum ini membenarkan pembukaan semula premis terbabit setelah operasinya dihentikan selama dua tahun akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang Covid-19.

Bagaimanapun, ketua penerangan PAS, Nazir Helmi dalam satu kenyataan berkata, pihak MKN dan KPKT perlu  bersikap rasional dalam membuat keputusan terhadap masa  kelab malam beroperasi dengan pengawalan yang lebih ketat yang perlu dikenakan terhadap pusat-pusat hiburan.

Jelasnya, antaranya masa beroperasi perlu diminimumkan dengan menutup semua kelab malam dan pub bermula dari jam 12 tengah malam,.

“Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS bercadang bagi pihak MKN, KPKT dan PBT untuk memberikan pantauan dan kawalan terhadap operasi pembukaan pusat hiburan kelab-kelab malam dan pub,” jelasnya.

Nazir juga menggesa kelab malam tidak dibuka di kawasan bukan tumpuan pelancong dan di kawasan perumahan yang majoritinya Melayu Islam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru