Sunday, May 29, 2022

Pantau kerja-kerja pemasangan paip

Secara Rawak

AINI SELIKANG

BINTANGOR: Kerajaan Sarawak sedang mengkaji pendekatan terbaik untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang kerap berlaku di daerah ini. Adun Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata,  isu berkenaan perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin bagi memastikan proses penyaluran bekalan air untuk penduduk tidak terganggu dan sentiasa mencukupi.

Katanya, satu perbincangan turut diadakan bersama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) daerah Sarikei bagi mencari jalan penyelesaian bersama. “Tidak sekadar itu, kita juga telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan agensi yang berkaitan sejak isu ini dilaporkan berlaku di daerah Meradong. 

Saya amat berharap masalah ini dapat diselesaikan segera,” ujarnya. Kuong Hiing berkata, masalah itu dikenal pasti berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya kerja pembinaan jalan Pan Borneo sekali gus menyukarkan pemasangan paip air yang baharu.

Malah ujarnya, pemasangan paip 500 mililileter untuk kegunaan sementara dari pam buster Jalan Bulat kurang teratur selain tekanan air juga sentiasa tidak menentu. “Kerja-kerja membina jalan Pan Borneo menyukarkan kerja-kerja pemasangan paip air baharu melalui kelulusan projek rakyat yang diluluskan oleh Premier Sarawak bernilai RM81 juta.

“Sehubungan itu, saya juga amat berharap kerja-kerja pemasangan paip air terus dipantau oleh pihak JBALB,” jelasnya. Beliau juga berharap semua pihak bersabar sementara kerajaan masih mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan isu berkenaan tidak berlarutan.

Usaha itu katanya, membuktikan kerajaan sentiasa perihatin dan mendengar keluhan rakyat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru