Monday, May 16, 2022

Mati diserang sakit jantung ketika tanam jasad teman wanita

Secara Rawak

TRENTON: Seorang lelaki berusia 60 tahun yang membunuh teman wanitanya dengan mencekiknya menemui ajalnya sendiri semasa mengebumikan mayat mangsa di laman belakang rumah mereka, kata penyiasat.

Menurut pihak berkuasa, mereka menemui mayat Joseph Anthony McKinnon selepas menerima aduan jirannya yang melihatnya tidak sedarkan diri di taman belakang rumahnya.

Semasa menyiasat lanjut tentang situasinya, mereka menemui mayat seorang wanita yang dibungkus dalam plastik sampah berdekatan lubang yang baru digali.

Mayat itu disahkan sebagai teman wanitanya, Patricia Ruth Dent, 65, lapor penyiasat.

Menurut Fox5, hasil bedah siasat ke atas Dent mendapati dia dicekik dan jiran memberitahu mereka melihat McKinnon mengali lubang di laman belakangnya sehari sebelum itu.

Hasil bedah siasat ke atas McKinnon menunjukkan dia mati akibat serangan jantung.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru