Monday, May 16, 2022

Doktor palsu tanam batang lolipop dalam badan klien elak hamil

Secara Rawak

EL CASTANO: Doktor pakar sakit puan ‘palsu’ ditahan selepas didakwa menanam batang gula-gula lolipop di bawah kulit pesakit sebagai alat pencegah hamil.

Sekurang-kurangnya 25 wanita di Venezuela dipercayai menjadi mangsa skim penipuan Jose Daniel Lopez, malah ada yang hamil selepas melalui prosedur yang disarankannya.

Implan pencegahan hamil ini mengambil bentuk batang plastik kecil yang dimasukkan di bawah lengan atas, tetapi dalam kes Lopez, ia tidak lebih daripada batang lolipop yang tidak memberi fungsi apa-apa.

Suspek didakwa memalsukan ijazah perubatannya untuk mendapatkan pekerjaan di pusat kesihatan di La Victoria dan Maracay.

Beberapa mangsa yang kini mempunyai objek asing di dalam badan mereka, melaporkannya kepada polis selepas menyedari mereka ditipu.

Selepas mendapat tahu dia dicari pihak berkuasa Lopez menyembunyikan diri tetapi berjaya dijejaki polis.

Dia bakal didakwa atas beberapa pertuduhan jenayah termasuk amalan perubatan haram, menjejaskan fungsi perubatan dan menggunakan dokumen palsu lapor Metrouk.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru