Monday, May 16, 2022

Debat terbuka Najib-Anwar beri peluang rakyat menilai

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Program debat secara terbuka seperti yang berlaku antara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memberi peluang kepada rakyat untuk menilai dan meraikan pandangan dalam suasana yang aman dan harmoni.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap debat wacana intelektual adalah budaya yang mampu mematangkan demokrasi dalam negara.

Jelasnya, cadangan yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) melalui debat yang dibuat mampu melonjakkan hala tuju negara.

“Saya menganggap ianya merupakan satu wacana intelektual walaupun tidak ada cadangan yang konkrit yang dijadikan kesimpulan tetapi cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Razak terhadap isu Sapura Energy itu jelas lebih nyata.

“… dan tentunya yang lebih penting apakah hala tuju negara yang mahu dilakukan. Ini cukup jelas bahawa kestabilan politik adalah punca kepada pembangunan negara dari segi perkembangan ekonomi dan juga kemakmuran rakyat,”  katanya seperti dipetik portal Umno.

“Saya fikir ia dapat terjemahkan demokrasi dan lebih ramai tokoh-tokoh… sesiapa pun sama ada di peringkat kerajaan atau pihak sebelah sana (pembangkang) harus diberikan peluang untuk melontarkan pandangan biarpun berbeza tetapi kita harus meraikan, biar rakyat menilai dan memilih manakah pemimpin yang terbaik jika mereka itu dicalonkan,” katanya.

Debat Perdana berkenaan malam tadi membincangkan hal berkaitan Sapura Energy Bhd (SEB) dan isu masa depan negara malam ini berjalan lancar.

Bermula tepat 9 malam, program yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) itu dihadiri kira-kira 400 orang termasuk tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa selain penyokong kedua-dua pemimpin.

Debat itu merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pertama berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas SEB sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

Bahagian kedua berkisar tentang ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru