Sunday, May 29, 2022

Debat: Najib banyak beri penyelesaian masalah

Secara Rawak

KUCHING:  Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak banyak memberi solusi bagaimana hendak menyelamatkan Sapura Energy kerana untuk mengelak kesan domino  dan kerugian yang lebih besar pada negara jika sapura gulung tikar, kata Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari.

Berbeza pula dengan  ketua pembangkang Datuk Seri Anwar yang hanya berulang-ulang menyebut ‘forensic audit’.

“Bukan untuk menyelesaikan masalah tetapi hanya sibuk mencari kesilapan dimana Sapura sudah hendak karam,” katanya dalam satu ulasan.

Malam tadi berlangsung debat antara  kedua-dua tokoh politik itu yang mengundang perhatian ramai.

“Bagi saya perkara paling penting adalah selamatkan Sapura dahulu dan jika hendak buat forensic audit pun boleh dilakukan juga kemudian.

Tiada guna lakukan forensic audit dahulu dan kemudian Sapura sudah karam. Bazir sahaja masa buat forensic audit pada syarikat yang sudah gulung tikar.  Inilah bezanya pemikiran dua pemimpin ini,” ujarnya.

“Saya lihat hanya Datuk Seri Najib sahaja yang memberi solusi dan tidak pada Datuk Seri Anwar. Sebagai pemimpin adalah kita perlu selesaikan masalah dan bukan menambahkan masalah lagi,” katanya lagi.

Itulah, ujar beliau Kerajaan PH semasa memerintah tidak dapat membawa Malaysia kepada kemajuan disebabkan kerajaan PH fokus utama adalah terlampau mencari masalah lama dan bukan menyelesaikan masalah rakyat pada ketika itu dan tidak mahu maju kedepan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru