Sunday, May 29, 2022

Beberapa kawasan di Sarawak akan alami ribut petir hingga 8 malam

Secara Rawak

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Sarawak akan mengalami ribut petir bermula petang ini sehingga pukul 8 malam ini.

Katanya, antara yang kawasan yang terlibat termasuklah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Dalat.

Selain itu amaran yang dikeluarkan turut membabitkan Kapit, Bintulu, Miri, Marudi dan Limbang.

“Amaran ribut petir ini dikeluarkan sehingga pukul 8 malam hari ini,”jelas Met Malaysia hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

MetMalaysia juga menjangka ribut petir turut melanda kawasan di pedalaman Sabah termasuk Tawau, Sandakan, Kinabatangan dan Kudat.

Katanya lagi, beberapa kawasan di Pahang, Kelantan, Perak dan Kedah turut dijangka mengalami cuaca sama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru