Sunday, May 29, 2022

Wan Junaidi Ketua PBB Simanggang

Secara Rawak

SIMANGGANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menang tanpa bertanding jawatan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simanggang untuk penggal ketiga.

Bekas Ketua Pemuda PBB Cawangan Simanggang, Hamzah Uthman turut menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan ketua cawangan.

Jawatan naib ketua cawangan pula disandang Jubin Hilton Muda, Abdul Hisham Ahmad dan Lindalyn Kawi.

Suhaili Abang Abu Samu pula dilantik setiausaha cawangan manakala jawatan penolong setiausaha cawangan disandang Stephenary Bujang.

Abang Habuan Awang Ahmad dan Hamilton Akim masing-masing dilantik sebagai bendahari cawangan serta penolong bendahari cawangan.

Guan@Franklin Guang Juma menyandang jawatan ketua penerangan cawangan.

Sementara itu, Wan Junaidi berterima kasih kepada perwakilan di atas mandat yang diberikan untuk terus menerajui PBB Simanggang.

“Tahniah saya ucapkan kepada Abdul Hisham Ahmad dan Lindalyn Kawi yang dilantik sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Wanita PBB Cawangan Simanggang bagi penggal 2022 hingga 2025.

“Tidak lupa juga kepada semua ahli jawatankuasa yang terpilih pada penggal kali ini,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru