Thursday, May 26, 2022

Tiba-tiba RM5,555 masuk akaun

Secara Rawak

LYDIA AMAN

KUCHING: Seorang wanita berusia 22 tahun dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana memiliki wang
berjumlah RM5,555 secara tidak sah masuk ke dalam akaun bank miliknya, pada tahun lalu.

Majistret Zubaidah Sharkawi mengen akan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin selepas tertuduh Nur Afiqah Ramli,22, mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan di hadapannya semalam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki sejumlah wang RM5,555 secara tidak sah di sebuah rumah di Kampung Heritage, Batu 10, Jalan Matang, sekitar 16 Ogos hingga 17 Ogos 2021.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawa Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 yang membawa hukuman penalti, penjara sehingga tiga bulan dan denda RM500, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pengadu tertarik dengan iklan dalam media sosial Facebook yang menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian.

Pengadu kemudian menghubungi ejen tersebut melalui aplikasi WhatApps dan diterangkan cara untuk mendapat wang dengan mudah secara sambilan melalui dalam talian.

Semasa berhubung dengan ejen terbabit, dia diberikan satu pautan daripada aplikasi jual beli Shopee dan diarahkan membuat pembayaran mengikut harga barangan dan pengadu akan menerima komisyen daripada setiap pembayaran barang tersebut.

Pengadu diarahkan membuat bayaran barang shopee sebanyak lima kali yang jumlah keseluruhannya RM5,555 pada 16 Ogos hingga 17 Ogos
2021 ke akaun bank CIMB atas nama tertuduh.

Namun, pengadu tidak menerima sebarang komisyen seperti yang dijanjikan. Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Hasil siasatan, mendapati tertuduh merupakan pemilik akaun berkenaan gagal menjelaskan bagaimana wang terbabit dimasukkan ke akaunnya. Selain itu, tertuduh juga gagal menjelaskan mengapa tiada laporan polis dilakukan selepas kehilangan kad ATM bank CIMB miliknya.

Difahamkan, tertuduh merupakan pelajar kolej dan menetap di Selangor mengaku bahawa nombor akaun tersebut miliknya telah dibekukan pada bulan Ogos 2021 setelah dilaporkan hilang kepada pihak bank.

Sebelum itu, tertuduh pernah meminjamkan kad ATM miliknya kepada seorang rakan untuk membeli barang keperluan secara dalam talian. Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh diwakili seorang peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru