Sunday, May 29, 2022

Suami Isteri maut kemalangan di Jalan FAC

Secara Rawak

KUCHING: Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Jalan FAC, sekitar jam 7 pagi tadi.

Kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di antara kereta jenis Perodua Axia dan sebuah kenderaan jenis Toyota Yaris.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pemandu dan penumpang kenderaan jenis Perodua Axia telah meninggal dunia.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya, seorang lagi mangsa lelaki iaitu pemandu kenderaan Toyota Yaris mengalami kecederaan akibat kejadian.

Katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan menggunakan jentera EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.

Kes kini masih dalam siasatan bagi membantu mengenal pasti punca sebenar kejadian berlaku.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru