Monday, May 16, 2022

Saksikan debat Najib-Anwar malam ini

Secara Rawak

KUCHING: Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung pada 12 Mei ini mengenai isu kewangan Sapura Energy Berhad.

Debat di  itu dijangka diadakan selama dua jam mulai jam 9 malam dan boleh disaksikan secara fizikal atau melalui saluran media.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil pada sidang media bersama sebelum ini dipetik  berkata format debat itu merangkumi tiga bahagian.

Pertama, berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Berhad (SEB), sama ada ia perlu diselamatkan atau sebaliknya.

Kedua, berhubung masa depan Malaysia merangkumi aspek politik, urus tadbir dan hala tuju negara serta ketiga adalah sesi soal jawab.

Semalam telah berlaku debat antara dua calon Timbalan Presiden PKR, iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli.

Anwar sebelum ini  melalui satu kenyataan memetik pantun pendekar Melayu: Tuan Puteri pergi ke Lukut, Bawa pulang kacang panjang, Sedikit pun hamba tak takut, Kalau berani turun gelanggang.

Najib juga dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi, namun Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlulah memanggil Anwar untuk berdebat sama.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika Anwar tidak mahu menyertai debat itu, Rafizi boleh berdebat dengan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil.

Tegas Anwar, sikapnya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun yang lalu apabila pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada Najib.

“Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada beliau tapi tidak bersahut,” katanya. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru