Sunday, May 29, 2022

Penduduk bandar di China gempar langit berwarna merah

Secara Rawak

ZHOUSHAN: Fenomena langit di Zhoushan, China bertukar menjadi merah terang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk kota tersebut dan videonya menjadi tular di platform media sosial baru-baru ini.

Orang ramai dilaporkan terkejut dengan fenomena itu dan merakam detik itu dari rumah dan jalanan mereka.

Segelintir penduduk membuat spekulasi ia berlaku kerana kebakaran.

Bagaimanapun, ramai yang menganggapnya sebagai petanda buruk gara-gara strategi kerajaan menangani wabak Covid-19.

Media sosial, televisyen dan media digital, dalam kenyataan menjelaskan ia disebabkan oleh pembiasan cahaya semula jadi iaitu fenomena cahaya, gelombang radio dan sebagainya terpesong laluan antara satu medium dengan medium lain atau melalui medium yang mempunyai ketumpatan yang berbeza-beza.

Sebuah media tempatan memetik China Aquatic Products Zhoushan Marine Fisheries Co mengatakan bahawa ia mungkin berlaku angkara bot nelayan yang menuai saury Pasifik.

Manakala seorang pakar dari Universiti Geosains China menolak spekulasi berkaitan perubahan warna langit kerana aktiviti negatif sistem suria dan geomagnet.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru