Sunday, May 22, 2022

Lima pelajar universiti  rentung kemalangan: Zahid zahir kesedihan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih menerima perkhabaran lima pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Perak maut dalam nahas jalan raya malam tadi.

Katanya, berdasarkan maklumat yang tular kesemua mangsa yang rentung merupakan pelajar lelaki berusia berusia antara 19 hingga 23 tahun.

“Saya dengan perasaan penuh dukacita mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan berharap agar mereka bertabah.

“Sebagai seorang bapa yang memiliki anak tentunya sedikit sebanyak saya memahami perasaan ibu bapa dan ahli keluarga mereka.

“Namun benarlah kata-kata berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehilangan yang tidak terjangka seperti itu sangat memilukan,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya, hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mendoakan semoga Allah SWT merahmati roh kesemua anak muda yang terkorban itu.

“Kepada para pengguna jalan raya saya pinta sentiasalah berhati-hati ketika memandu bukan saja demi keselamatan diri, malah demi keselamatan insan lain,” katanya.

Dilaporkan, Kelima-lima mangsa yang rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Km 246 Lebuh raya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi, dikenal pasti sebagai pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru