Thursday, October 6, 2022

Hidupkan sukan permotoran

Secara Rawak

PERALIHAN ke fasa endamik dijangka memberi kesan positif terhadap sukan permotoran
seperti Cub Prix dan Drag Bike Race yang diterajui Kelab Permotoran D1.

Malah Setiausaha Kelab Permotoran D1, Fadillah Sulaiman menjelaskan kelab itu komited menganjurkan program bagi memastikan sukan berkenaan terus berkembang.

Ia sekali gus membantu kerajaan mengekang kegiatan lumba haram.

Katanya, penganjuran sukan permotoran adalah satu cabang untuk riadah selain membuka peluang ekonomi bukan sahaja kepada penganjur tetapi juga pengunjung dan penduduk
setempat.

“Kerajaan sepatutnya melihat sukan permotoran ini sebagai salah satu sumber pendapatan untuk negeri dan juga mengawal perlumbaan haram khususnya di sekitar bandaraya.

“Antara punca sukan permotoran tidak diambil berat oleh pihak tertentu dan terlalu lambat untuk berkembang ialah kerana banyak kekangan daripada pihak yang bertanggungjawab
selepas penganjuran Cub Prix dari tahun 2007 hingga 2013,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap sukan yang ditaja oleh swasta, dibantu agensi kerajaan tempatan dan Persatuan Sukan Permotoran Sarawak (SMA) akan mengalami perubahan besar dan kembali bersinar menjelang tahun depan.

“Dalam takwim kami, Cub Prix akan diadakan sebanyak empat ke lima siri dan lokasi bermula dari Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri dan Drag Bike Race pada setiap bulan. Itulah perancangan kami. ”

Selain itu, Mini Pocketbike juga akan diadakan pada masa yang sama selain cuba membuka Perlumbaan Mini Pocketbike dalam acara kebangsaan,” katanya.

Dalam pada itu beliau memberi peringatan kepada peminat permotoran agar melakukan
perlumbaan haram di jalan raya. Kelab Permotoran D1 katanya, bersedia membimbing mereka yang berminat khususnya dalam perlumbaan motosikal.

“Kita juga berharap pihak kerajaan memberi kawasan tempat letak kereta di Stadium Sarawak untuk peminat sukan ini.

“Kelab juga bersedia berjumpa dan berbincang selain mencari kaedah sesuai membanteras lumba haram selain menggunakan kawasan letak kereta di Stadium Sarawak sebagai lokasi peminat pelumba motosikal,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru