Sunday, May 29, 2022

Dua korban letupan loji kimia

Secara Rawak

BINTULU: Dua maut manakala dua lagi cedera dalam satu letupan di sebuah loji kimia di Taman Perindustrian Samalaju, disini pada Isnin.

Menurut sumber, mangsa yang maut merupakan pekerja tempatan berbangsa Iban berusia 34 dan 35 tahun manakala dua lagi yang cedera berusia 26 dan 33 tahun.

Keempat-empat mangsa dikatakan sedang bekerja di dalam satu ruang di loji berkenaan sebelum satu daripada mesin tersebut meletup sekitar jam 3 petang.

Kedua-dua mangsa yang ce dera kini sedang dirawat sebagai pesakit luar manakala dua mangsa yang maut telah ditempatkan di Unit Forensik hospital Bintulu.

Mengesahkan kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Batholomew Umpit berkata, pihaknya menerima laporan kejadian di balai polis Kidurong sekitar jam 9.10 malam.

“Kami menerima laporan daripada pihak pengurusan kilang pada malam kejadian.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan daripada pihak bomba untuk pengesahan punca letupan,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, siasatan masih dilakukan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pun begitu, sehingga petang semalam, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru