ALWIN LAWRENCE
MUKAH : Dua buah rumah di Mukah musnah dalam kebakaran sekitar jam 5 petang tadi (Khamis)
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dimaklumkan tentang kejadian tersebut kira-kira jam 5.04 petang
“Didapati kediaman jenis kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus,” katanya
Jelasnya, pasukan BBP Mukah yang diketuai PPgB Azman Hanapis kini masih dan sedang menjalankan operasi pemadaman dan mengawal api yang sedang marak.
Sehingga berita ini ditulis punca kebakaran masih belum diketahui dan laporan dari semasa akan terus dikemaskini.