Sunday, May 29, 2022

Bekas teman lelaki tembak mati pengantin perempuan pada majlis persandingan

Secara Rawak

MATHURA: Dalam insiden yang mengejutkan, pengantin perempuan ditembak mati semasa majlis perkahwinannya di Mathura Uttar Pradesh.

Mangsa yang dikenali sebagai Kajal dipercayai ditembak oleh bekas teman lelakinya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut polis, tertuduh menjalinkan hubungan dengan wanita itu dan kecewa apabila mangsa berkahwin dengan lelaki lain.

Berdasarkan rekod polis,seperti dipetik IANS, bapa mangsa, Khubi Ram Prajapati, mendakwa anak perempuannya masuk ke dalam rumahnya selepas upacara kalungan bunga sekitar 1.30 pagi apabila suspek, Aneesh, menembaknya pada bahagian mukanya.

Suspek berjaya melarikan diri dan polis masih melakukan usaha mengesannya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru