Monday, May 16, 2022

Zahid: Hubungan antara kaum di Malaysia mesti dipertahan

Secara Rawak

UALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hubungan antara kaum mesti dipertahankan dan dipupuk demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian selepas menerima rakaman video daripada rakan media sosialnya yang memaparkan dua wanita, berlainan bangsa dan agama, iaitu Melayu dan India saling bersalaman dan bermaafan sempena hari raya ini.

Kata Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, hatinya bercampur baur antara sebak dan seronok tatkala menontonnya.

“Terima kasih rakan media sosial berkongsikan pada saya rakaman video ini beberapa hari lalu.

“Bagi saya apa yang dipertontonkan ini jelas merupakan wajah Malaysia yang sebenar. Betapa masyarakatnya hidup berbilang kaum, aman harmoni dan hormat-menghormati,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.

Sehubungan itu, beliau percaya Malaysia perlukan lebih banyak rakaman video seperti ini untuk saling mengingati.

“Kita pada hari ini menjadi contoh untuk generasi akan datang di sebuah negara bernama Malaysia,” katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru