Sunday, May 29, 2022

Subinspektor polis tangkap tunang sendiri atas tuduhan penipuan

Secara Rawak

ASSAM: Subinspektor wanita menahan tunangnya sendiri atas tuduhan penipuan beberapa bulan sebelum perkahwinan mereka berlangsung.

Tertuduh dikatakan menyamar sebagai pegawai Oil India dan menipu rakyat berjuta-juta rupee menurut Arynews.

Subinspektor tersebut Junmoni Rabha menangkap tunangnya Rana Pogag selepas mendapat tahu suspek memalsukan identitinya dan mengambil sejumlah wang besar daripada orang ramai.

Pasangan itu berkenalan pada Januari 2021 dan bertunang pada Oktober 2021.

Mereka merancang untuk berkahwin pada November 2022.

Junmoni memberitahu media tempatan dia curiga dengan kegiatan tunangnya dan menyiasat lanjut semua aktivitinya.

Menurutnya lagi suspek tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan agak keberatan untuk berhijrah ke kota lain.

Subinspektor itu berkata, “terdapat sesuatu yang sangat mencurigakan tentang dia dan selepas menyiasat lanjut saya mendapat tahu tentang penipuannya”.

Dia juga bersyukur kerana mendapat tahu tentang kegiatan Pogag sebelum berkahwin dengannya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru