Monday, May 16, 2022

Presiden, AJK parti Bangsa Malaysia negeri Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng dilantik menerajui parti itu di peringkat negeri bagi penggal 2021 hingga 2024.

Sekretariat Penerangan PBM Sarawak  dalam satu kenyataan berkata, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PBM Sarawak  sebulat suara melantik  ahli parlimen Julau itu dalam mesyuarat empat tahun sekali pada 7 Mei lalu.

Wan Mohamad Madehi Wan Ali dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, manakala Engga Unchat dan Jamila Bibi Abdul Basah dilantik sebagai Naib Pengerusi.

MPN parti  juga, katanya  turut sebulat suara melantik keseluruhan kepemimpinan PBM bagi penggal 2021 hingga 2024 berkuat kuasa serta-merta.

“Kevin Jampang dilantik sebagai Ketua Sayap Pemuda dan Mansie Abdullah mengetuai Sayap Wanita PBM Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Lavenia Mawas dilantik sebagai Setiausaha, Jenny Chiew diberi kepercayaan menggalas jawatan Bendahari dan Agnes Padan selaku Pegawai Penerangan, tambah kenyataan itu.

Ahli Jawatankuasa PBM Sarawak terdiri daripada  David Munan, Angela Baca Manggie, Mohd Yusuf Abdullah, Manggau Renang, Jack Chek dan Shafian Japar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru