Thursday, October 6, 2022

Pelan pascabayar paling berpatutan dengan Pascabayar Celcom Xpax

Secara Rawak

Bumi Kenyalang sentiasa menjadi kubu kuat Celcom, sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia.

Untuk mengukuhkan hubungan dan kepercayaan bersama rakyat Sabah & Sarawak, Celcom – yang ditinjau sebagai syarikat telekomunikasi paling dipercayai oleh firma penyelidikan pasaran, Ipsos Sdn Bhd – telah menyediakan pelbagai tawaran dalam persekitaran, melibatkan kepentingan komunikasi dan keseimbangan kehidupan sosial.

Mengorak langkah besar, Celcom telah mencipta pelbagai cara bagi membantu para pelanggan untuk lebih berjimat. Dengan Pascabayar XPAX, pelanggan bukan sahaja akan memperoleh nilai yang berpatutan dengan bayaran, bahkan akan turut mendapat pelbagai ganjaran dan tawaran menarik. Ringkasnya, tiada yang setanding Pascabayar XPAX di luar sana.

Pascabayar XPAX tidak cuma mempunya pakej NILAI TERBAIK, malah turut memberi pelbagai ganjaran keseronokan sosial tanpa had kepada para pelanggan.

Platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube mampu dinikmati dengan internet berkelajuan tinggi sehingga 20GB, bersama keriangan sosial tanpa had, tanpa sebarang kontrak, berbanding syarikat telekomunikasi lain.

Pelan pascabayar XPAX menawarkan pakej peranti dengan pilihan kontrak 12 bulan dari harga serendah RM199 TANPA BAYARAN AWAL, atau bayaran sekaligus untuk anda mendapatkan telefon pintar idaman. Atau pelanggan boleh membuat pilihan kontrak 24 bulan bagi telefon pintar baharu secara PERCUMA.

Bagi membantu pelanggan kami, Celcom juga menawarkan Pelan Pembayaran Mudah (EPP) yang disediakan di Bluecube dengan  bank yang mengambil bahagian seperti Maybank, CIMB Bank Islam dan HSBC. Selain itu, syarikat telekomunikasi ini buat kali pertama juga turut bekerjasama dengan Atome, sebuah syarikat pembiayaan mudah bagi pelan ini.

Pelanggan boleh memilih untuk mendatar melalui e-stor dengan menjadi 50 pelanggan pertama bagi mendapatkan rebat e-kredit Touch N’ Go bernilai RM100. Dan anda cuma perlu bayar serendah RM99 untuk memiliki telefon pintar idaman hati.

Tarikan bersama Pascabayar XPAX diteruskan dengan Tawaran Peribadi just4ME bulanan yang sesuai dengan gaya hidup dan kegunaan anda, dari peranti mudah alih, ganjaran hebat, internet dan banyak lagi. Untuk menghargai sokongan pelanggan baharu, Celcom juga menawarkan 5GB data PERCUMA yang boleh ditebus melalui Aplikasi Celcom Life.

Perayaan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan pastinya lebih menyeronokkan dan bermanfaat di Celcom Xpax, di mana Celcom memberi ganjaran lebih kepada pelanggan, melalui Aplikasi Celcom Life, dengan tawaran istimewa apabila mereka membeli-belah di ShopBck, Zalora, Petronas dan pesanan perkhidmatan penghantaran dari Food Panda dan lain-lain (tertakluk kepada terma dan syarat rakan kongsi jualan ini).

Sabah dan Sarawak akan kekal sebagai kubu Celcom, serta perkhidmatan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan rakyat mendapat tawaran terbaik.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru