Tuesday, August 16, 2022

Long Covid: 2,798 pesakit jalani rawatan rehabilitasi 

Secara Rawak

KUCHING: Tanpa rawatan khusus dan berstruktur, Long Covid boleh berterusan sehingga menjejaskan kualiti hidup individu terbabit.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, keadaan ini boleh menyebabkan implikasi seperti peningkatan morbidi, kehilangan upaya, penurunan produktiviti, dan hilang punca pendapatan.

Ini jelasnya akhirnya akan menyebabkan bebanan sosioekonomi bukan sahaja kepada individu terbabit, malah keluarga, masyarakat serta ekonomi negara.

Justeru, bagi menangani gejala Long Covid dengan berkesan dan selamat, KKM telah menerbitkan garis panduan pengurusan pasca-Covid-10 kebangsaan pada Julai 2021.

Ini katanya, adalah sebagai sumber rujukan dan melibatkan pelbagai disiplin kepakaran termasuklah kesihatan primer, penyakit berjangkit, perubatan dalaman, nefrologi, kardfiologi, respiratori, obstetrik, pediatrik, psikiatri dan perubatan rehabilitasi.

Sehingga April lalu,sebanyak 2,798 pesakit telah menjalani rawatan perubatan rehabilitasi Long Covid melalui rawatan pesakit dalam dan 6,432 telah menjalani rawatan perubatan rehabilitasi Long Covid melalui rawatan pesakit luar di fasiliti KKM di seluruh negara.

“Sebanyak 30 hingga 40 peratus pesakit Long Covid dapat kembali bekerja dalam tempoh tiga bulan selepas dijangkiti Covid-10, manakala 60 hingga 70 peratus dapat kembali bekerja dalam tempoh enam bulan selepas dijangkiti,” jelasnya dalam satu kenyataan. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru