Thursday, May 26, 2022

Gara-gara membuli OKU di Kuching, lelaki ini terima padah

Secara Rawak

KUCHING: Gara-gara tindakan  membuli Orang Kurang Upaya (OKU) seorang pekerja syarikat perkhidmatan kurier  di Bandar Baru Semartiang diberkas polis, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, suspek lelaki berusia 24 tahun ditangkap selepas laporan dibuat terhadapnya.

Video kejadian buli tersebut tular di media sosial sejak petang Selasa yang menunjukkan  suspek menakut-nakutkan mangsa  lelaki berusia 40 tahun terbabit menggunakan mercun dan objek tumpul.

“Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat, dan suspek telah ditangkap,” jelasnya.

Jelasnya, suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Sekyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ke atas mangsa dengan menggunakan objek.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung kejadian tersebut, hari ini.

“Suspek juga telah diarahkan menjalankan saringan awal air kencing dan hasil ujian mendapati dia negatif dadah,” katanya.

Selain itu, jelasnya, individu yang merakamkan kejadian tersebut juga dikenal pasti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru