Tuesday, June 28, 2022

Dua tangkapan berjaya dilakukan melalui Op Padu

Secara Rawak

BAU: Dua lelaki dalam lingkungan 29 hingga 38 tahun ditangkap dipercayai terlibat dalam kegiatan judi melalui Op Padu yang dijalankan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata rampasan turut dilakukan di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 4(1)(c) ARJT 1953.

“Sekeping kertas putih yang mempunyai angka loteri awam haram, satu unit telefon bimbit serta sejumlah wang turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, kedua-dua tangkapan dilakukan dari jam 10 pagi hingga 3.30 petang secara berasingan iaitu di sebuah rumah tidak bernombor, Pekan Jambusan Lama dan sebuah rumah kediaman, Jalan Kampung Serasot, Bau.

Namun, semakan rekod lampau bagi kedua-dua suspek tidak memiliki sebarang kesalahan jenayah.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(c) ARJT 1953, denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara dikenakan.

Manakala, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM200,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tempoh lima tahun dikenakan sekiranya sabit kesalahan di bawah Seksyen 4A(a) ARJT1953.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru